ALOR SETAR: Taman Eko Rimba Bukit Wang di Jitra, daerah Kubang Pasu ditutup sementara waktu bermula 15 Jun sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Muhammad Abdullah berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada siasatan air selepas terdapat dakwaan kes kencing tikus di kawasan terbabit.
Katanya, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah pada ketika ini.
"Walaupun kes kencing tikus itu masih dalam siasatan tetapi untuk langkah- langkah pencegahan kami ambil pendekatan untuk tutup sementara dahulu taman eko rimba ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Menurutnya, jika siasatan oleh JKN membuktikan tiada virus kencing tikus di situ, taman eko rimba berkenaan akan dibuka semula kepada orang awam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Penutupan itu bagi memberi laluan kepada siasatan air selepas terdapat dakwaan kes kencing tikus di kawasan terbabit. - Gambar/ Sinar Harian
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan - SESB
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
Kencing tikus: Taman Eko Rimba Bukit Wang ditutup sementara
Taman Eko Rimba Bukit Wang di Jitra, daerah Kubang Pasu ditutup sementara waktu bermula 15 Jun sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah
Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.
Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah, 16 mangsa terperangkap
Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.